KUALA LANGAT: Pelaku yang tular berkelakuan tidak senonoh di sebuah surau di sini, baru-baru ini dikenal pasti sebagai pasangan adik-beradik.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, dua beradik lelaki berusia 14 dan 21 tahun yang menetap di Seremban, Negeri Sembilan itu dikesan pihaknya pada Sabtu.
Menurutnya, berdasarkan keterangan diambil, mereka datang ke Banting pada jam 3.30 petang, Selasa lalu dari Shah Alam bersama ibu bapanya dan seorang beradik perempuan berusia 19 tahun untuk bercuti dan makan di restoran di Pekan Banting.
"Kira-kira jam 4.30 petang, keluarga itu singgah di sebuah surau di pekan Banting untuk menunaikan solat.
"Selesai solat kedua adik-beradik (pelaku) tersebut bergurau di dalam surau tersebut tanpa disedari perbuatan mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV) surau itu," ujarnya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, berdasarkan keterangan ibu bapa, adik-beradik itu mempunyai hubungan yang rapat dan selalu bergurau.
Katanya, menurut salah seorang daripada adik-beradik itu, dia hanya membetulkan seluarnya dan bergurau serta tiada sebarang niat untuk berkelakuan tidak senonoh di dalam surau terbabit.
"Keterangan kedua-dua pelaku dan ibu bapa mereka telah diambil dan kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk arahan lanjut," jelasnya.
Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan polis menerima satu laporan yang dibuat oleh bilal surau berusia 54 tahun selepas melihat rakaman CCTV memaparkan dua orang lelaki tempatan telah melakukan aksi tidak senonoh.
Sebelum itu, tular di media sosial satu rakaman CCTV berdurasi satu minit 49 saat tindakan melampau dua lelaki dikatakan berkelakuan sumbang di dalam sebuah surau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 29 2022
Pada Khamis, polis menerima laporan yang dibuat oleh bilal selepas melihat rakaman CCTV memaparkan dua lelaki tempatan didakwa melakukan aksi tidak senonoh di surau.
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
PM Singapura Wong bercakap dengan PM Anwar, pemimpin lain pada hari pertama bertugas
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini bercakap dengan pemimpin di rantau ini melalui telefon pada hari pertama beliau memegang jawatan, termasuk dengan Anwar.
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
'Selepas melihat CCTV, kita tidak keseorangan' - Polis di Australia rakam objek seperti 'UFO'
Rakaman yang dirakam oleh polis Broome melalui CCTV menunjukkan satu objek seperti piring terbang atau UFO yang muncul semasa petir sedang sambar menyambar.